Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS
Pujaan Malaya FM Seleksi Muzik "TERBAIK" Untuk Kita-Kita Jer!

Thierry Henry: Islam Adalah Agama Pilihan Terbaik


Islam adalah sebuah pilihan, demikian kata pemain bola sepak Thierry Henry. Kerana itu ketika memutuskan keyakinan dan menjadi mualaf, dia merasa bahawa berasa sangat dekat dengan Islam...TERUSKAN MEMBACA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

GANGNAM STYLE kini fenomena muzik dunia!

Salam kepada semua pendengar Pujaan Malaya FM (PMfm)! Terkini sebuah fenomena muzik dari negara K-Pop telah menggemparkan dunia! Jika anda telah terlepas pandang, bolehlah saksikan video klip yang "cute' di bawah. Penyanyi yang menggelarkan diri sebagai PSY ini telah menarik bukan sahaja peminat K-Pop tanah airnya malah sehingga ke Hollywood! Hebat! Antara yang tertarik dengan karya PSY ni adalah seperti Robbie Williams, Nelly Furtado & banyak lagi. Selain itu, telah banyak video "parody" GANGNAM STYLE di YouTube. Macam-macam gaya dan ragam aksi meniru video clip PSY ni. Malaysia juga turut tidak ketinggalan. Cerita banyak tak guna, baik kita layan video PSY yang terbaik tebaboom ni!


Sedikit info mengenai PSY:

Joining the YG family in 2010, singer-songwriter PSY is a consummate showman, who has become best known for his exciting and theatric stage performances. PSY’s desire to entertain his fans is evident from the countless concerts he has put on during his career. Incorporating his witty ideas and unique energy into everything from the music and choreography to costumes and skits that make up his show
s, PSY creates an unforgettable concert experience for his fans. Attendees of his recent year-end “One Touch” concert tour with Kim Jang Hoon were quick to spread the word about his fantastic performance, making it one of the most well reviewed concert tours in Korea. With the passion that PSY brings to the stage, it is obvious why he is regarded as one of Korea’s best performers.

Official Website : http://www.psypark.com
Official Facebook Page : http://www.facebook.com/officialpsy



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Proton TIARA RM1,000 SAHAJA! Siapa mau?


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Suspek Kes Amuk Putrajaya Pergi Mahkamah Pakai Topeng Power Rangers!


PUTRAJAYA – Wanita yang terlibat dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) awal Julai lalu memakai topeng ‘Power Rangers’ warna merah bagi mengelak wajahnya dirakam media selepas selesai sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini...TERUSKAN MEMBACA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

cuba TEKA kereta Ape nie ???


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JIMMY SHANLEY SERAH BUKTI VIDEO KEPADA MAHKAMAH – NURSUHAILA TUNTUT HAK PENJAGAAN ANAK


Jimmy Shanley dilaporkan telah menyerahkan dua salinan rakaman video kepada Mahkamah Tinggi Syariah semalam sebagai bukti bagi menyokong afidavit keterangannya kerana mempertikai kelayakan isteri, Nursuhaila Eliani Suhaimy yang menuntut hak penjagaan (hadanah) anak perempuan mereka, Zahra Rania Shanley...TERUSKAN MEMBACA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Norish Karman Akui Bayi Di Dalam Gambar Yang Tersebar Itu Anaknya


Di hari ketiga bulan Syawal yang mulia ini, Norish Karman tampil menerusi Utusan Malaysia untuk membuat pengakuan tentang bayi di dalam gambar yang pernah tersebar suatu ketika dahulu. Menurut Norish, itu adalah anaknya yang diberi nama Muhammad Haq Lutfie Alexander. Haq telah dilahirkan pada 24 September 2011 di sebuah hospital swasta di Subang Jaya menerusi kaedah pembedahan...TERUSKAN MEMBACA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sekitar rakaman "Studio Raya 2012"

Pada 4 Ogos 2012 telah berlangsung satu sesi fotografi khas sempena menyambut ketibaan Aidilfitri. Acara sulung ini merupakan anjuran bersama Pujaan Malaya FM (PMfm) dengan Calipso Crew. Ternyata acara ini menerima sambutan hangat sehinggakan ada diantara "admin" yang tak sempat merakamkan gambar sendiri. Walauapapun, ia merupakan sebuah pengalaman indah dalam mengabadikan detik-detik indah bersama peminat-peminat PMfm dalam sebuah studio fotografi. InsyaAllah, di atas permintaan ramai, PMfm akan menganjurkan acara seumpama ini lagi. Oleh itu, teruskan sokongan anda dan sentiasa mengikuti perkembangan PMfm di blog ini mahupun di laman "Facebook Page" rasmi PMfm. Untuk mereka di luar sana yang nak tahu apa yang telah berlaku sekitar sesi rakaman "Studio Raya 2012" berlangsung, ada boleh saksikannya di blog Calipso Crew atau di "Facebook Page" PMfm. Namun, bersama entri kali ini, saksikan sedikit gambar yang ingin dikongsikan bersama : 





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Shila Amzah Kini Tampil Dengan Imej Bertudung Sepenuhnya?


Masih tiada sebarang kenyataan rasmi daripada Shila Amzah mengenai penampilan barunya dengan imej bertudung ini. Namun menerusi Facebook Shila Amzah, Shila telah mengupload gambar di bawah dengan status “The new me:)”...BACA LAGI

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Memey Suhaiza Dan Abby Abadi Berbaik, Hadir Buka Puasa Bersama


Nampak? Lagi kisah Abby Abadi untuk dua hari berturut turut. Ada sahaja kisah dalam kehidupan baru beliau hari ini yang boleh di’jadikan bahan berita kami. Heh...BACA LAGI


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

gambar sekadar hiasan

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

(VIDEO) PROMO "STUDIO RAYA 2012" oleh DJ Boboi

Assalamulaikum WBT & Salam Sejahtera. Pertama sekali, admin ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa di bulan mulia Ramadhan al-Mubarak. Alhamdulilah kita diketemukan lagi di bulan mulia ini. Semoga kita semua tabah mengharungi ibadah puasa kali ini & dapat berpuasa cukup sebulan. Mana tak nyer, kang tak "feel" nk beraya. Hehehe.


Kali ini, admin ingin "share" video DJ Boboi berceloteh untuk promo "STUDIO RAYA 2012" pada 4 Ogos ini. Sebelum itu, sila ambil perhatian kepada mereka yang telah mendaftar, masa sesi fotografi telah ditukar dari pukul 2 petang (POSTER LAMA) ke 12 tengah hari. (RUJUK POSTER BARU DI BAWAH). Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita layan poster BARU & video dibawah :


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hairie Othman Tidak Menolak Sekiranya Dicalonkan Untuk Pilihanraya


Pelakon Hairie Othman dikatakan secara rasminya telah menyertai parti PAS akhir Jun lalu. Selain itu, pelakon ini turut dikatakan tidak menolak sekiranya dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang akan datang...BACA LAGI

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sharifah Aleya Mengaku Sudah Mula Berhijab


Pelakon dan penyampai radio Sharifah Aleya dikatakan sudah mula mengenakan hijab sejak 1 Ramadhan yang lalu. Di bulan yang mulia ini beliau mengambil pendekatan untuk berubah, akan tetapi beliau tidak mahu mengulas lebih lanjut mengapa dan sebab apa beliau mahu berhijab...BACA LAGI

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Warung Pilihan Pujaan Malaya FM

Dapatkan Maklumat Terkini Pujaan Malaya FM Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets