Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS
Pujaan Malaya FM Seleksi Muzik "TERBAIK" Untuk Kita-Kita Jer!

PMfm : Siapa TERER main boling!

Gambar sekadar hiasan

Salam semua pendengar Pujaan Malaya FM (PMfm)! Pihak admin sedang mencari bakat-bakat boling yang terdapat dalam diri pendengar-pendengar PMfm. Bakat-bakat ini bakal berentap dengan sebuah pasukan daripada radio online yang bakal diumumkan secara rasmi kelak. Tujuan utama adalah ingin mengeratkan silaturrahim pendengar bersama admin radio-radio online. Selain itu, usaha ini dilihat mampu menjalinkan kerjasama yang baik di antara radio-radio online yang lain. Kategori pertandingan boling yang dicadangkan adalah seperti berikut :

1) Perseorangan Lelaki
2) Perseorangan Wanita
3) Beregu Campuran (1 lelaki & 1 wanita)
4) Berkumpulan (3 orang) - boleh campur

Pertandingan akan dijalankan sebanyak 2 pusingan.

Tarikh : (BELUM DI TETAPKAN)
Tempat : Penang Bowl (CADANGAN)

(***segala cadangan pertandingan tertakluk pada perubahan persetujuan kedua-dua pihak radio online)

So, apa macam? Ada beran? Kepada yang berminat sila emelkan butiran diri ke :

pujaanmalayafm@gmail.com

Sila nyatakan :

Nama :
ID Facebook :
No Telefon :

Bagi lebih memudahkan anda mendapat sebarang "update" pertandingan sila like FB page PMfm dan join FB group PMfm.

FB page PMfm : http://www.facebook.com/pages/Pujaan-Malaya-FM/169930503126020
FB group PMfm : http://www.facebook.com/groups/380898558596261/

Semoga aktiviti riadah sihat seperti ini dapat kita manfaatkan bersama.

-Admin PMfm-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Liputan khas PMfm : CT Corner di Gurney Drive

CT Corner di Gurney Drive

Liputan khas PMfm ke gerai CT Corner di Gurney Drive, P.Pinang.

Gerai ini dikendalikan sendiri oleh Zam yang juga merupakan DJ Boboi di PMfm.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Teaser PMfm: Malapetaka

Malapetaka
Nantikan temubual khas bersama kumpulan Malapetaka selepas persembahan di Tapak Ekspo Seberang Jaya pada 24 Jun 2012.

Tunggu....hanya di Pujaan Malaya FM (PMfm)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lagu "Pujaan Malaya" versi REMIX - Miracle 5

Miracle 5
Dengarkan lagu "Pujaan Malaya" versi REMIX ini secara eksklusif di radio Pujaan Malaya FM (PMfm).

Lagu yang asalnya dinyanyikan oleh Adzrin Adzhar ini telah diberi nafas baru oleh sekumpulan anak gadis berbakat yang menggelarkan diri mereka Miracle 5 (FB page : http://www.facebook.com/miraclefive)

Kumpulan ini di anggotai oleh 5 orang anak gadis yang masih di bangku sekolah terdiri daripada Didi, Puteri, Eila, Mieda & Minie.

Lagu ini telah disuntik elemen "dance" oleh Fazo (http://fazo-mymusicaljourney.blogspot.com/) dibawah naungan DCLeF Entertainment (002040733-V).

Pendengar PMfm ternyata bertuah kerana PMfm telah dipilih sebagai antara saluran promosi eksklusif lagu "Pujaan Malaya" nyanyian Miracle 5.

Selamat mendengar!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lagu Nova Nona untuk Randy Pangalila

Pelbagai cara dan gaya meminati artis pujaan masing-masing dan Nova Nona juga tidak ketinggalan apabila menyanyikan lagu khas buat Randy Pangalila. Siapa Randy Pangalila? Randy Pangalila merupakan artis/pelakon tanah seberang (Indonesia) yang digilai kebanyakan gugusan kepulauan Melayu termasuklah Malaysia. Dengarkan lagu bertajuk Randy ini:




Lagu ciptaan Rima Rashidi sepenuhnya ini telah dinyanyikan oleh 3 orang gadis Nova Nona. 

Artis: Nova Nona
Tajuk: Randy

Lirik:


VERSE 1
Randy dari kota Jakarta
Menambat hatiku di Malaysia
Wajah nan tampan senyum menawan
Aku tertawan

CHORUS
Randy Randy engkau ku nanti
24/7 setiap hari
Aku setia tunggu kau jelma
 Di depan mata

VERSE 2
Ikutkan hati ku mahu ke sana
Berjumpa dengan mu , bertentang mata
Asyik bertemu di dunia maya
Bosan ku rasa

- REPEAT CHORUS 2X -

- MUSIC BRIDGE / SOLO -
                 
VERSE 3
Janganlah bimbang wahai Papa Mama
Batas tatasusila kan ku jaga
Aku dan Randy teman dua negara
Bukan bercinta

CHORUS END
Randy Randy engkau ku nanti
24/7 setiap hari
Aku setia tunggu kau jelma
 Di depan mata

Aku setia tunggu kau jelma
Di depan mata,,,,
Aku setia tunggu kau jelma
Di depan mata..... -end-


Berikut adalah sedikit biodata Randy Pangalila :

Randy Pangalila

Nama Penuh : Randy D Pangalila
Nama Panggilan : Randy Pangalila
Tempat dan Tarikh Lahir : Surabaya, 19 Oktober 1990
Pendidikan Terakhir : Pendidikan di Rumah
Nama Ayah : E.H.A. Pangalila
Nama Ibu : Aghata Lisa
Hobi : Randy pangalilawondo
Makanan Kegemaran : Sate Padang
Warna Kesukaan : Hitam
Zodiak : Libra
Sinetron Randy Pangalila
* Alyssa
* Gue Banget
* Cinta Fitri
* Cinta Kirana
* Chelsea
* Karissa
* Sumpah I Luv U
Filem Randy Pangalila
* Oh Baby

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Teaser PMfm: Hero Burger Bakar

Sesuatu yang baru di belakang Stadium Bandaraya, Pulau Pinang :



Nantikan liputan seterusnya daripada PMfm. Hero Burger Bakar terbaekkkk!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PROMO: Dendanganku - The Pangkren



Nama Band : The Pangkren
Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/The-Pangkren/198510620189342
Bandar : Kuala Lumpur
Anggota : Hisham - one man band
Tahun Ditubuhkan : April 2011
Konsep Band : D.I.Y. Pop
Influence : 60's & 80's Pop
Label : Studio Kuda Belang



Lagu : Dendanganku
Lirik : Hisham
Lagu : Hisham


Bersinar terang bintang-bintang
Gambar keindahan wajahmu
Seirama cinta
Untuk kau dendanganku

Dan bukanhanya kata-kata
Seisi maya bandingannya
Untuk kulukiskan
Seikhlasnya cintaku

c/o :

Masih terdengar lagi
Melodi rindumu sayukan malamku
Masih ku terasa
Hangatnya sentuhanmu

PMfm menyokong penuh karya bumi Malaya!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gambar Nora Danish Mabuk Dalam Separuh Bogel? Penjelasan?


Gambar Nora Danish dalam keadaan mabuk dan dalam separuh bogel sehingga nampak seluar dalam rupanya gosip panas serta spekulasi sahaja apabila pendedahan demi pendedahan oleh Nora Danish sendiri mengenai gambar yang tersebar semalam di internet...TERUSKAN MEMBACA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Warung Pilihan Pujaan Malaya FM

Dapatkan Maklumat Terkini Pujaan Malaya FM Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets