Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS
Pujaan Malaya FM Seleksi Muzik "TERBAIK" Untuk Kita-Kita Jer!

PMfm : "STUDIO RAYA 2012"

seperti di laman Facebook Pujaan Malaya FM & Calipso Crew (gambar poster adalah sekadar hiasan)


Buat julung kalinya Pujaan Malaya FM (PMfm) bakal menganjurkan sesi fotografi bertemakan "Hari Raya Aidilfitri" kepada semua pendengar & juga seluruh rakyat Malaysia amnya. Tanpa mengira kaum, bangsa & agama, PMfm mengalu-alukan penyertaan semua pihak. Hanya dengan bayaran RM10 SAHAJA (kanak-kanak bawah 12 tahun adalah PERCUMA), anda sudah berpeluang merakamkan detik indah berhari raya bersama sahabat handai mahupun keluarga. 

Namun begitu, pihak PMfm ingin menasihatkan agar mereka yang berminat untuk mendaftarkan diri SEGERA kerana tempat adalah TERHAD. Oleh yang demikian, pastikan anda tidak terlepas peluang keemasan ini untuk merakamkan foto studio secara profesional dengan kerjasama Calipso Crew.

Selain itu, anda juga dapat memberikan ucapan hari raya secara rakaman yang bakal dilakukan pada hari yang sama. Rakaman ini akan ditayangkan secara eksklusif di blog rasmi PMfm (pujaanmalayafm.blogspot.com).

Sebagai makluman, setiap penyertaan perlu memilih untuk sesi "photoshoot" secara individu atau berkumpulan. Setiap individu / kumpulan layak melakukan 5 shoot / pose terbaik. Sekiranya anda berasa kaku, usah bimbang, kerana anda akan dibimbing oleh photographer profesional pada hari tersebut.

Jangan lupa bawa pendrive masing-masing untuk copy foto anda yang telah dishoot. Jika anda tidak membawa pendrive, bayaran RM1 akan dikenakan bagi setiap CD yang dibekalkan.

Jadi apa ditunggu lagi! Daftar segera dengan menghubungi nombor 012-535 2103 (ikram) untuk menempah tempat. Sempena Hari Raya yang menjelang tiba, hiasi foto pada sesi "Studio Raya 2012" ini di laman Facebook masing-masing kerana sudah pastinya akan lebih menceriakan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Warung Pilihan Pujaan Malaya FM

Dapatkan Maklumat Terkini Pujaan Malaya FM Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets